Thursday 25 April 2013

Perkhidmatan Agihan Zakat

JENIS-JENIS BORANG PERMOHONAN BANTUAN


Jenis-jenis borang permohonan bantuan yang boleh didapati adalah seperti dibawah :
  • Borang Permohonan Bantuan Bulanan Fakir Miskin
  • Borang Permohonan Bantuan Pemulihan (Perniagaan) dan Bantuan Pemulihan Kediaman
  • Borang Permohonan Bantuan Am
    - Perubatan dan Rawatan
    - Kecemasan
    - Bantuan-bantuan lain
  • Borang Permohonan Bantuan Am Persekolahan
  • Borang Permohonan Bantuan Am Pengajian Tinggi (IPT)
  • Borang Permohonan Tabung Yayasan Pengajian Tinggi (TYPT)
  • Borang Permohonan Biasiswa Tengku Anis (BTA)

Syarat-Syarat Am :
  • Orang Islam
  • Warganegara Malaysia / Musafir yang diharuskan oleh syarak
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi had mencukupi (Had Al-Kifayah)
  • Tidak menerima mana-mana bantuan yang mencukupi dari mana-mana pihak
  • Termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat

Cara Memohon Bantuan :
  • Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan
  • Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, Tingkat 1, MAIK. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

Keterangan Lanjut (Sila Hubungi) :
KAUNTER AGIHAN ZAKAT,
MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN,
KOMPLEKS BALAI ISLAM, LUNDANG,
JALAN SULTAN YAHYA PETRA,
15200 KOTA BHARU
(U/P : Pegawai Urusan Sumber)

WAKTU URUSAN MAIK

AHAD - RABU : 8.00 pagi - 5.00 petang
KHAMIS : 8.00 pagi - 3.30 petang
JUMAAT & SABTU : CUTI
NO.TELEFON : 09-748 1512 SAMB. 243,246,255
NO.FAX : 09-7442160



PROGRAM ASNAF FAKIR MISKIN

GARIS PANDUAN AGIHAN ZAKAT BAGI PROGRAM ASNAF FAKIR MISKIN
Antara Program Asnaf Fakir Miskin yang ditawarkan ialah :

1. BANTUAN BULANAN FAKIR MISKIN
- Pemohon hendaklah berumur 60 tahun ke atas
- Pemohon uzur, tidak bekerja atau tidak mampu mencari nafkah sendiri
- Tidak menerima bantuan bulanan JKM
- Tiada anak yang bekerja yang menyara pemohon
- Termasuk di dalam asnaf
- Bukan penerima bantuan bulanan agensi / jabatan lain.

2. BANTUAN PEMULIHAN PERNIAGAAN
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Berkomitmen dalam perniagaan
- Menanggung ahli keluarga yang berisiko @ tanggungan yang ramai @ kurang upaya
- Telah ada tempat berniaga sendiri
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Termasuk di dalam asnaf

3. BANTUAN KECEMASAN
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Menanggung ahli keluarga yang berisiko @ kurang upaya
- Mempunyai tanggungan yang ramai
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Musibah - rumah terbakar dll
- Termasuk di dalam asnaf

4. BANTUAN RAWATAN PERUBATAN
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Mempunyai tanggungan yang ramai
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Penjaga di kalangan ibu tunggal dan anak yatim
- Terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk perbelanjaan rawatan perubatan
- Termasuk di dalam asnaf

5. BANTUAN PERSEKOLAHAN
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Menanggung ahli keluarga yang berisiko @ kurang upaya
- Mempunyai tanggungan yang ramai
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Bilangan anak yang bersekolah seramai 3 orang ke atas
- Termasuk di dalam asnaf

6. BANTUAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE INTSTITUT PENGAJIAN TINGGI
- Pemohon terdiri daripada golongan asnaf
- Ibu bapa atau penjaga tiada pendapatan tetap
- Menanggung ahli keluarga yang berisiko @ kurang upaya
- Ketua keluarga menanggung ahli keluarga yang berisiko @ kurang upaya
- Mempunyai tanggungan yang ramai
- Mempunyai ketua keluarga yang uzur
- Tiada penaja dan bantuan daripada sumber lain
- Bidang pengajian yang memberi manfaat umum dan untuk pelajar semester satu sahaja
(Permohonan boleh dibuat selewat-lewatnya 2 bulan selepas pendaftaran)
- Termasuk di dalam asnaf
* Pengajian peringkat Ijazah - RM 2,500.00
* Pengajian peringkat Diploma - RM 1,700.00

7. BIASISWA KECIL PELAJAR YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK)
- Golongan asnaf (fakir, miskin atau muallaf).
- Pencapaian akademik yang cemerlang
- Penjaga / ibu bapa tiada sumber pendapatan tetap

8. BANTUAN KEPADA SEKOLAH PONDOK
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Ketua keluarga menanggung ahli keluarga yang berisiko @ kurang upaya
- Penjaga mempunyai tanggungan yang ramai
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Termasuk di dalam asnaf

9. BANTUAN HARI RAYA
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Menaggung ahli keluarga yang berisiko @ tanggungan yang ramai @ kurang upaya
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Termasuk di dalam asnaf

10. BANTUAN PEMULIHAN RUMAH KEDIAMAN
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap
- Menanggung ahli keluarga yang berisiko @ tanggungan yang ramai @ kurang upaya
- Tinggal di rumah dan tanah sendiri bukan rumah sewa atau rumah tumpang
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain
- Termasuk di dalam asnaf

11. BANTUAN RUMAH KEDIAMAN (PROJEK KHAS)
- Pemilihan diurus oleh pejabat tanah dan jajahan di seluruh negeri Kelantan.
- MAIK bertindak sebagai pengurus bayaran dan kerja-kerja membina dan menyiapkan rumah-rumah
tersebut.
- Termasuk di dalam asnaf
  • Pemohon tergolong dalam asnaf
  • Pemohon mempunyai rumah yang terlalu daif dan tak layak untuk didiami
  • Mempunyai ahli keluarga yang ramai
  • Dari golongan ibu tunggal yang mempunyai bebanan menanggung keluarga yang tinggi.
  • Tiada rumah samada menyewa atau menumpang.

12. BANTUAN KEPADA GHARIMIN
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap.
- Tiada sumber pendapatan tetap
- Menanggung hutang yang banyak dan tak berkemampuan untuk membayarnya
(Berhutang hanya untuk keperluan hidup)
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain.
- Termasuk di dalam asnaf

13. BANTUAN KEPADA IBNUSABIL
- Terkandas semasa dalam penjalanan
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain.
- Keutamaan kepada musafir yang datang ke Kelantan untuk perkara yang berfaedah.
- Termasuk di dalam asnaf

14. BANTUAN KEPADA BADAN / PERTUBUHAN
- Untuk jabatan kerajaan ataupun swasta di seluruh Malaysia tetapi keutamaan kepada jabatan di Negeri Kelantan.
- Program yang dianjurkan adalah tidak terkeluar dari hukum syarak.
- Program yang dianjurkan haruslah diadakan di sesuatu tempat,lawatan tidak digalakkan.
- Keutamaan kepada program yang berunsurkan Islam.
- Termasuk di dalam asnaf

15.
BANTUAN TABUNG YAYASAN PENGAJIAN TINGGI KE LUAR NEGARA (TYPT)
Tabung ini bertujuan membantu anak-anak Kelantan untuk melanjutkan pelajaran di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Luar dan dalam Negeri dalam pelbagai bidang pengajian Agama. Dengan keutamaan diberi kepada asnaf fakir miskin kepada pelajar-pelajar.
- Pendapatan ketua keluarga rendah @ tiada pendapatan tetap.
- Ketua keluarga mempunyai tanggungan yang ramai
- Tidak dapat bantuan daripada sumber lain.
- Termasuk di dalam asnaf

16. BIASISWA TYPT  (KIV)
- kepada pelajar diperingkat pengajian Ijazah Pertama (Sarjana Muda) dalam bidang pengajian
Perubatan dan Kejuruteraan di Intitusi Pengajian Tinggi Tempatan.

Ijazah Pertama (Sarjana Muda)
RM4,000.00 setahun bagi pengajian dalam negara.
RM6,000.00 setahun bagi pengajian diluar negara.

Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD)
RM5,000.00 setahun bagi pengajian dalam negara RM8,000.00 setahun bagi pengajian diluar negara.

- Keutamaan juga diberikan kepada bekas pelajar Maahad Tahfiz MAIK dan bekas penghuni Darul
Aitam Putera dan Puteri.
- Pelajar-pelajar dari golongan asnaf fakir dan miskin yang berpotensi dan mempunyai kelayakan yang
cemerlang dalam bidang akademik.
- Tiada penaja lain.
- Telah diterima masuk atau sedang menuntut di universiti tempatan atau luar Negara di universiti-
universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

17. BIASISWA TENGKU ANIS
- Untuk rakyat Kelantan yang miskin.
- Tidak menerima sebarang jenis bantuan/biasiswa daripada mana-mana pihak.
- Pendapatan keluarga rendah dan tidak tetap
- Penjaga mempunyai tanggungan yang ramai.
*Peringkat sekolah rendah - RM 50.00 Sebulan
*Peringkat sekolah menengah (Ting.1 hingga 5) - RM80.00 Sebulan
*Peringkat Ting.6 - RM150.00 Sebulan.

18. PROGRAM BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP (JAHITAN,SULAMAN,AUTOMOTIF DAN KERJAYA
TATARIAS DIRI)

- Warganegara malaysia (peranakan kelantan)
- Beragama Islam
- Golongan asnaf (fakir,miskin atau muallaf)
- Berumur 18 hingga 30 tahun.
- Kelulusan pmr/spm atau setaraf.



 A) SYARAT AM
  • Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat
  • Pendapatan bulanan kurang daripada RM440.00 sebulan (miskin tegar)
  • Pendapatan bulanan kurang daripada RM740.00 sebulan (miskin)
  • Tiada harta yang ekonomik

ASNAF-ASNAF ZAKAT

Asnaf-asnaf yang layak menerima zakat terdiri daripada :

1. Asnaf Fakir
  • Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya.
2. Asnaf Miskin
    • Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.

3. Asnaf Amil
  • Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Asnaf Muallaf
  • Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:-
  1. Baru memeluk agama Islam
  2. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
  3. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya.
  4. Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh

5. Asnaf Al-Riqab (Hamba)
  • Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu.

6. Asnaf Al-Gharimin (Orang yang Berhutang)
  • Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara'.

7. Asnaf Fisabilillah (Berjuang Pada Jalan Allah)
  • Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya.

8. Asnaf Ibnussabil (Musafir Terkandas)
  • Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Pengenalan Ibadah Zakat

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

MAKSUD DAN HIKMAH SYARIAT ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Di antara hikmah dan maksud Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah :
  • Mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosioekonomi Islam.
  • Membersihkan jiwa pembayar zakat dari sifat mazmumah (bakhil)
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di kalangan orang yang berada.
  • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang miskin terhadap orang kaya.
  • Mewujudkan perhubungan di antara hamba dengan Allah S.W.T di samping perhubungan manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat-zakat dari harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam hal ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Syarat-Syarat Umum Zakat

Islam :
Zakat hanya diwajibkan ke atas orang-orang Islam sahaja.

Merdeka :
Hamba abdi tidak diwajibkan berzakat kecuali zakat fitrah sahaja, namun itupun tuannya dikehendaki mengeluarkannya. Pada masa sekarang persoalan hamba abdi mungkin tidak timbul. Bagaimanapun syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat kerana persoalan hamba ini merupakan salah satu syariat yang tetap kekal.

Sempurna Milik :
Harta yang ingin dizakatkan hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambilkira di dalam pengiraan zakat.

Cukup Nisab :
Nisab ialah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak. Kebanyakan harta (Mal) menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab iaitu sebanyak 85 gram atau 20 misqal emas. Nilai emas semasa tersebut dijadikan ukuran nisab untuk pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, pendapatan, dan KWSP.

Kadar Zakat

 Kadar Zakat Harta

Bagi harta yang disandarkan pada nilai emas iaitu Zakat Wang Simpanan, Zakat Emas dan Perak, Zakat Pendapatan, Zakat Perniagaan dan Zakat Saham.
Kadarnya ialah 2.5% daripada harta yang layak di zakatkan.
ZAKAT TERNAKAN
Bagi zakat tenakan ia adalah sebagaimana jadual di bawah :

1. Lembu
BIL LEMBU/KERBAU
NISBAH
JUMLAH DIKELUARKAN ZAKAT SYARAT UMUR
30-39
1 ekor lembu/kerbau jantan 1 tahun lebih
40-59
1 ekor lembu/kerbau betina 2 tahun lebih
60-69 2 ekor anak lembu jantan 1 tahun lebih
70-79 2 ekor :
1 ekor anak lembu jantan dan
1 ekor lembu betina
1 tahun lebih
2 tahun lebih
80-89 2 ekor lembu betina
2 tahun lebih
90-99 3 ekor anak lembu jantan
1 tahun lebih
100-109 3 ekor :
1 ekor lembu betina dan
2 ekor anak lembu jantan
2 tahun lebih
1 tahun lebih
110-119 3 ekor :
2 ekor lembu betina
dan
1 ekor lembu jantan
ATAU
3 ekor lembu betina
ATAU
4 ekor lembu jantan
2 tahun lebih
1 tahun lebih
2 tahun lebih
1 tahun lebih


2. Kambing

BIL KAMBING BIRI-BIRI/KIBAS
(NISAB)
JUMLAH DIKELUARKAN ZAKAT SYARAT UMUR
40 - 120 1 ekor kibas/biri-biri atau 1 ekor kambing 1 tahun lebih
2 tahun lebih
121 - 200 2 ekor kibas/biri-biri atau 2 ekor kambing 1 tahun lebih
2 tahun lebih
201 - 299 3 ekor kibas/biri-biri atau 3 ekor kambing 1 tahun lebih
2 tahun lebih
300 - 400 4 ekor kibas/biri-biri atau 4 ekor kambing
1 tahun lebih
2 tahun lebih

KADAR ZAKAT TANAMAN
Bagi Zakat Tanaman biji-bijian iaitu padi kadar zakatnya sebagai berikut :
Biji-bijian dan Buah-buahan yang sampai nisab yang diairi dengan menggunakan tenaga manusia atau lainnya seperti binatang dan jentera dengan perbelanjaan yang banyak, maka kadar zakatnya ialah 5% arau 1/20.
Biji-bijian dan buah-buahan yang sampai nisab yang hanya bergantung kepada jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai atau parit (tali air) maka kadar zakatnya ialah 10% atau 1/10.


KADAR ZAKAT FITRAH BAGI NEGERI KELANTAN

   TAHUN         HARGA FITRAH (GANTANG BAGHDAD)         KADAR NISAB MATAWANG/HARTA      
1990 RM 2.50 RM 3,307.50
1991 RM 2.50 RM 3,150.00
1992 RM 2.50
RM 3,024.00
1993 RM 2.70
RM 2,583.00
1994 RM 2.70
RM 2,891.00
1995 RM 2.80
RM 2,968.75
1996 RM 3.00
RM 3,000.00
1997 RM 3.30
RM 2,812.50
1998 RM 3.40
RM 3,250.00
1999 RM 4.00
RM 3,187.50
2000 RM 4.00
RM 3,187.00
2001 RM 4.00
RM 3,062.50
2002 RM 4.30
RM 3,105.57
2003 RM 4.30
RM 3,625.27
2004 RM 4.30
RM 4,186.22
2005 RM 4.70
RM 4,505.11
2006 RM 4.80
RM 5,570.03
2007 RM 4.80
RM 6,296.82
2008 RM 7.60
RM 7,788.88
2009 RM 6.90
RM 8,422.14
2010 RM 7.00
RM 10,200.00
2011 RM 7.00
RM 11,000.00

2012 RM 7.00 RM 13,900.00

Jenis-Jenis Zakat


1. ZAKAT WANG SIMPANAN

Kebanyakan urusniaga yang dijalankan pada hari ini adalah melibatkan matawang sebagai alat pertukaran. Setiap negara mempunyai nilai matawangnya sendiri dan penentuan nisab zakat matawang adalah bergantung kepada harga nisab emas iaitu 85 gram emas.
Dalil Wajib Zakat Wang Simpanan
Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. Dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negeri Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali genap setahun."
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Syarat Wajib Zakat Wang Simpanan
  • Islam
  • Sempurna Milik
  • Cukup Nisab
  • Merdeka
  • Cukup Haul

2. ZAKAT ATAS WANG SIMPANAN DI KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)
KWSP adalah caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.KWSP tidak dikenakan zakat kerana tidak cukup syarat wajib zakat iaitu milik sempurna. Ia hanya dikenakan zakat apabila pencarumnya mengeluarkan wang tersebut dari tabung KWSP.

Dalil Dan Syarat Wajib Zakat Atas Wang Simpanan Di KWSP

Dalil-dalil dan syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat ke atas simpanan wang KWSP adalah sama seperti yang dikenakan ke atas zakat wang simpanan


3. ZAKAT EMAS DAN PERAK

Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syara' telah pun menganggap kedua-duanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya.
Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat Emas Dan Perak
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu."
(Surah At-Taubah : 34-35)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari Kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka, setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka."
(Hadis Riwayat Abu hurairah)

Syarat Wajib Zakat Emas Dan Perak
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna Milik
  • Cukup Haul
  • Cukup Nisab
(Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak)

4. ZAKAT PENDAPATAN
Zakat pendapatan gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan Umar bin Abdul Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16hb. Mac 1999.

Dalil Wajib Zakat Pendapatan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
(Surah Al-Baqarah : 267)
Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia.

Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan

1. Islam
2. Merdeka
3. Sempurna Milik
4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat
(Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah).
5. Cukup Nisab
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas.
6. Cukup Haul
Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

5. ZAKAT PERNIAGAAN
Perniagaan adalah satu hasil usaha yang dikenakan zakat apabila telah cukup syarat-syarat:

Dalil Wajib Zakat Perniagaan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari menyebut tentang mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat; mereka takutkan kepada suatu hari yang hati penglihatan menjadi goncang (berbalik-balik). (Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan dari apa yang mereka kerjakan dan supaya Allah menambahkan kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas."
(Surah An-Nur:37-38)

Syarat-Syarat Wajib Zakat Perniagaan

1. Islam
Zakat perniagaan hanya dikenakan ke atas orang yang Islam. Bagi perniagaan yang terdapat orang Islam dan bukan Islam, hanya sebahagian atau kepentingan orang Islam sahaja dikenakan zakat.
2. Sempurna milik
Bermaksud bahawa saham syarikat atau modal perkongsian tersebut adalah milikan pemilik yang telah ditolak hutang membeli saham itu.
3. Niat untuk berniaga
Pemilik perniagaan tersebut mempunyai niat untuk berniaga iaitu untuk mendapatkan keuntungan.
4. Cukup nisab
Jumlah aset yang menjadi asas pengiraan zakat mestilah menyamai atau melebihi paras nisab. Nisab zakat perniagaan ialah bersamaan dengan nilai 85 gram emas harga semasa.
5. Cukup haul
Tempoh perniagaan berlaku selama genap setahun.

Kadar Nisab Zakat

KADAR NISAB ZAKAT HARTA YANG DISANDARKAN PADA NILAI EMAS BAGI NEGERI KELANTAN

      TAHUN/HAUL       
 KADAR NISAB (RM)    
  KADAR ZAKAT (2.5%)
   
(RM)   
1970-1976
 292.80
 7.32
1977
754.50
18.64
 1978
851.00 
21.28
 1979
 1,084.70
 27.12
 1980
 2,251.25
 56.28
 1981
 2,361.50
 59.04
 1982
 1,678.50
 41.96
 1983
 1,896.50
 47.41
 1984
 1,722.50
 43.06
 1985
 1,499.00
 37.48
 1986
 1,577.75
 39.44
 1987
 1,899.00
 47.48
 1988
 3,748.50
 93.71
 1989
 3,402.00
 85.05
 1990
 3,307.50
 82.69
 1991
 3,150.00
 78.75
 1992
 3,024.00
 75.60
 1993
 2,583.00
 64.58
 1994
 2,891.25
 72.28
 1995
 2,968.75
 74.22
 1996
 3,000.00
 75.00
 1997
 2,812.50
 70.31
 1998
 3,250.00
 81.25
 1999
 3,281.25
 82.03
 2000
 3,187.50
 79.56
 2001
 3,062.50
 76.56
 2002
 3,105.57
 77.63
 2003
 3,625.27
 90.63
 2004
 4,186.22
 104.66
 2005
 4,505.11
 112.63
 2006
 5,570.03
 139.25
 2007
 6,296.82
 157.42
 2008
 7,788.88
 194.72
 2009
 8,422.14
210.55 


KADAR NISAB ZAKAT BINATANG TERNAKAN

i. Bagi unta 5 ekor
ii. Bagi lembu 30 ekor
iii. Bagi kambing/biri-biri 40 ekor


KADAR NISAB ZAKAT TANAMAN (PADI)

5 Ausuq bersamaan 600 gantang Baghdad atau 375 gantang Malaysia atau 875 kg

Contoh Pengiraan Zakat

KADAR NISAB ZAKAT SEMASA IALAH RM13,900 *


CONTOH PENGIRAAN ZAKAT GAJI/PENDAPATAN
  A. Pendapatan dari semua sumber (Setahun)   Suami         Isteri 

RM 30,000.00      
  B. Tolak perbelanjaan yang dibenarkan (Setahun)


  1. Diri
RM 9,000.00

  2. Isteri RM 3,000.00


  3. Anak (5 orang x RM 1,000.00) * RM 5,000.00


  4. Pemberian kepada Ibubapa (nafkah) RM1,200.00


  5. Perbelanjaan bagi rawatan dan ubat-ubatan bagi diri  
      sendiri, isteri dan anak dalam tanggungan
RM 500.00


  6. Lembaga Tabung Haji RM 1,200.00


  7. KWSP RM 2,200.00


  JUMLAH TOLAKAN RM 22,100.00
  C. Pendapatan yang layak dizakat (A-B)
RM 7,900.00


  D. Zakat yang wajib dibayar (kerana C lebih nisbah)**
      RM 7,900.0 x 2.5% = RM 222.50