Thursday 25 April 2013

Pengenalan Ibadah Zakat

Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

MAKSUD DAN HIKMAH SYARIAT ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Di antara hikmah dan maksud Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah :
  • Mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosioekonomi Islam.
  • Membersihkan jiwa pembayar zakat dari sifat mazmumah (bakhil)
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T di kalangan orang yang berada.
  • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang miskin terhadap orang kaya.
  • Mewujudkan perhubungan di antara hamba dengan Allah S.W.T di samping perhubungan manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat-zakat dari harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam hal ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh Allah S.W.T.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

3 comments:

  1. Assamualaikum..sy ada kwn dan mereka hidup dua beradik di sbuah rumah yg agk usang,ibubapa mereka telah meninggal dunia beberapa tahun lepas, mereka juga seperti disisihkam dr waris2 mereka, tiada bantuan yg mereka dapat kerana tiada sesiapa pn yg cuba membanti mereka.., kadang2 ada waktu mereka berlapar bberapa hari jika tidak ada kerja, soalan sy..adakah mereka layak untuk memdapat apa2 bantuan?, klu ad bgaimana caranya..?, klu puan blh bg pendapat atau nasihat pn dh cukup dah..tp klu puan snggup bantu mereka..alhamdulillah..

    ReplyDelete