Thursday 25 April 2013

ZAKAT DAN CUKAI

Di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, terdapat peruntukan rebet cukai pendapatan individu untuk bayaran zakat (iaitu mula Tahun Taksiran 1985).
Akta Cukai Pendapatan
Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat, fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayaran wajib, dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu, dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis.
Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3)
Bayaran Zakat Boleh Mendapat Rebet Dari Cukai Pendapatan Individu
Berpandukan kepada ACP 1967 di atas, setiap bayaran zakat atas individu sama ada zakat harta boleh mendapat rebet atau tolakan daripada cukai pendapatan seseorang. Rebet zakat hanya diperolehi jika bayaran zakat dibuat pada tahun semasa taksiran cukai pendapatan.

Sekiranya jumlah bayaran zakat yang dibuat melebihi daripada cukai pendapatan yang dikenakan dalam satu tahun itu, maka setakat jumlah zakat yang mendapat rebet / tolakan adalah setakat jumlah cukai pendapatannya sahaja. Ini bermakna seseorang itu tidak akan dikenakan cukai pendapatan pada tahun tersebut tetapi lebihan zakat setelah ditolak daripada cukai pendapatan itu, tidak boleh dibawa untuk mendapat rebet bagi tahun hadapannya ataupun dikembalikan kepada pembayar.

Hanya RM1,500 sahaja daripada jumlah zakat yang dibayar dalam tahun 2001 itu yang boleh mendapat rebet untuk Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2001 manakala lebihan zakat sebanyak RM150 lagi itu tidak boleh dibawa kehadapan bagi Tahun Taksiran 2002. Bayaran Zakat Perniagaan Syarikat dan Koperasi layak mendapat pelepasan cukai.

Mulai tahun 2004,Zakat Perniagaan yang dibayar oleh sesebuah syarikat dan koperasi kepada pihak berkuasa agama Negeri (MAIK di negeri Kelantan) adalah  dibenarkan sebagai potongan bagi maksud cukai pendapatan tertakluk kepada syarat :
a)   Jumlah potongan yang dibenarkan tidak melebihi 2.5% (1/40) daripada pendapatan agregat syarikat dalam tahun berkenaan dan
b)   Syarikat adalah bukan syarikat di luar pesisir.

No comments:

Post a Comment