Islam :
Zakat hanya diwajibkan ke atas orang-orang Islam sahaja.
Merdeka :
Hamba abdi tidak
diwajibkan berzakat kecuali zakat fitrah sahaja, namun itupun tuannya
dikehendaki mengeluarkannya. Pada masa sekarang persoalan hamba abdi
mungkin tidak timbul. Bagaimanapun syarat ini tetap dikekalkan sebagai
salah satu syarat wajib mengeluarkan zakat kerana persoalan hamba ini
merupakan salah satu syariat yang tetap kekal.
Sempurna Milik :
Harta yang ingin
dizakatkan hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam
yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang islam dengan orang
bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambilkira di dalam
pengiraan zakat.
Cukup Nisab :
Nisab ialah paras minimum yang
menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan zakat atau tidak.
Kebanyakan harta (Mal) menggunakan nilai emas harga semasa sebagai nisab
iaitu sebanyak 85 gram atau 20 misqal emas. Nilai emas semasa tersebut
dijadikan ukuran nisab untuk pengiraan zakat wang simpanan, emas, saham, pendapatan, dan KWSP.
No comments:
Post a Comment