Thursday 25 April 2013

Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Zakat Perniagaan

SOALAN 1
Apakah asas penilaian aset perniagaan dalam taksiran zakat ?
Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai-nilai yang terdapat dalam kunci kira-kira sesebuah perniagaan atau taksiran inventori yang ada.

SOALAN 2
Adakah penghutang perdagangan atau akaun belum terima dikenakan zakat?
Penghutang perdagangan atau Akaun belum terima akan dizakatkan apabila diyakini penghutang tersebut akan membayar balik ataupun ada bukti-bukti yang membolehkan hutang tersebut dikutip semula adanya cagaran,surat jaminan bank dan sebagainya.Bagi kes penghutang yang diragui kutipannya,zakat tidak dikenakan ke atasnya.
 
SOALAN 3
Bagaimanakah Kedudukan Wang Pinjaman yang diperolehi oleh pihak syarikat adakah ia dikira sebagai sumber yang perlu dizakatkan ?
Menurut Imam Syafie,tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab atau tidak.Menurutnya orang yang berhutang wajib membayar zakat kerana harta yang diperolehi dengan cara hutang dianggap harta sendiri kerana peminjam berhak untuk menggunakan mengikut kehendaknya jika harta itu menjadi miliknya dan sumber untuknya.
 
SOALAN 4
Adakah Zakat Dikenakan Atas Keuntungan Atau Kerugian Syarikat?
Zakat ditaksirkan atas aset milik sempurna, ini bermakna bahawa bagi sesebuah perniagaan, makluman aset adalah terdapat pada kunci kira-kira. Adapun makluman terdapatpendapatan dan keuntungan, ianya merujuk kepada aspek prestasi perniagaan sedang zakat bukan ditaksir atas prestasi sesebuah perniagaan.
Komponen dalam aset semasa boleh berpunca sama ada daripada modal (ekuiti) atau pinjaman pelaburan atau aktiviti jual beli. Maka pada tarikh taksiran zakat perniagaan dilakukan, hanya item-item aset semasa yang cukup syarat milik sempurna akan dikenakan zakat setelah mengambil kira tolakan, pengecualian dan pelarasan yang dibenarkan. Sebab itu dapat diperhatikan bahawa syarikat yag rugisekali pun mungkin mempunyai aset milik sempurna yang cukup syaratnya dan cukup nisab, seterusnya wajib membayar zakat.

No comments:

Post a Comment